Pages - Menu

Monday, December 12, 2011

DAULAT TUANKU

Selamat Berangkat Pulang ke Bawah Duli Yang  Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin 
yang telah menyempurnakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13

DAULAT TUANKU

LIMA 2011 tHe bEst

LANGKAWI: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (Lima‘11) di sini, yang berakhir semalam mencatat sejarah apabila menerima kehadiran lebih 160,000 pengunjung mengatasi Lima 2009 yang mencatat 71,000 pengunjung, sekali gus diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Terbesar di Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia penganjuran Lima paling berjaya dalam sejarah sejak dimulakan pada 1991 dengan penyertaan 403 syarikat daripada 35 negara, termasuk 65 pesawat dan 59 kapal dipamerkan.

Beliau turut mengumumkan, Lima edisi ke-12 pada 2013 tidak lagi diadakan pada Disember tetapi ditukar kepada 26 Mac hingga 30 Mac 2013 berikutan banyak permintaan daripada syarikat pempamer yang mahu tarikhnya ditukarkan kerana terlalu rapat dengan sambutan Krismas.

Selain itu, katanya, bajet syarikat pada Mac lebih banyak berbanding Disember selain musim tengkujuh yang berlaku setiap akhir tahun. Lokasi Lima 2013 juga kekal di Langkawi walaupun disebut-sebut akan dipindahkan ke Subang, Selangor.

“Ia jelas membuktikan Lima bukan sekadar pameran, malah berfungsi sebagai plat- form perkembangan industri pertahanan yang mampu menyumbang pendapatan tinggi kepada negara,” katanya pada sidang media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, semalam.


Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Pada majlis sama, Zahid yang diiringi Pengarah Urusan HW Lima Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abd Wahab menerima Sijil MBR — Lima‘11 sebagai Pameran Maritim & Aeroangkasa Terbesar Di Malaysia daripada wakil MBR.

Zahid turut meminta lebih banyak penyertaan daripada syarikat penerbangan dan perkapalan komersial, termasuk daripada sektor minyak dan gas dalam Lima akan datang.



Monday, December 5, 2011

kebOsaNan


nampaknye hujan gelombang kedua dah datang.. wahh kelass ayt aku.. 
haha.. dari petang dah bawak ke malm masih lagi tak henti henti..
kalau berhenti pon sekejap je..

rosak la rancangan aku nak pegi "date" esok.. kononnye..
harap pagi esok tak hujan.. hujan malam dah la...
bru lena sket nak tido
patut la aku rase ngantuk semacam je.. rupa2nye hujan ni tolong dodoikan aku

aku ni memang suke hujan ni sebab boleh la aku main air.. dah macam bebudak lak aku ni
hujan hujan ni sejuk.. rase cam kat negara omputih gituw.. omputih la sangat
tak tahu kenapa..
walaupn hujan tu selalu je turun
tapi bile musim tengkujuh ni rase lain
rase cam baru first time hujan padahal tak pon
paling suke tu bile time hujan lebat.. kalau boleh nak hujan tu jadi lebih lebat.. suke bile tengok air banyak
kawasan yang aku tinggal ni memang la tak pernah dilanda banjir..
kalau ade pon sikit je..
takde la sampai kene pindah rumah

BESTNYE
tapi yang penting esok jangan hujan
boleh?? 

asyik melalut je aku ni

Sunday, December 4, 2011

Ubah imej Proton

KONSEP...orang ramai melihat kereta prototaip  Tuah yang dipamerkan  di PWTC, semalam.
PROTON Holdings Bhd (Proton) bakal melancarkan model sedan terbaru pertengahan tahun depan yang dijangka mampu menukar persepsi orang ramai terhadap kualiti dan prestasi jenama itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, model yang diberi nama kod P3-21A itu adalah model global generasi baru pertama yang dibina mengikut undang-undang dan peraturan global terbaru.


“Model proton terbaru ini merangkumi pelbagai parameter seperti standard pelepasan asap dan dilengkapi dengan enam beg udara serta diharapkan dapat menukar persepsi rakyat yang menganggap Proton kurang berkualiti kepada berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri canggih.


“Ini adalah sesuatu yang kita sedang usahakan bersungguh-sungguh. Daripada kereta ini, kita percaya model-model akan datang akan mempunyai ciri dan mirip yang sama. Inilah yang kita katakan penjenamaan semula Proton,” katanya kepada media di tapak pameran Proton di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat tapak Proton yang turut mempamerkan kereta protaip Tuah yang mirip model sedan baru itu.



Syed Zainal berkata, sambutan diterima setakat ini menggalakkan dan sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pengeluar kereta nasional itu mengenai potensi pasaran apabila ia dipasarkan tahun depan.



“Ini adalah kereta global kita yang pertama yang menunjukkan kebolehan Proton. Mungkin dulu Proton tidak mengeluarkan kereta yang reka bentuknya memberangsangkan, tetapi kalau kita lihat Tuah, ia adalah satu reka bentuk yang baik dan direka rakyat Malaysia sendiri,” katanya.


Model sedan itu mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan bermula dengan pelaksanaan konsep sehingga penghasilan model dan disasarkan kepada golongan berkeluarga serta profesional.


Dah Lama Dah

Hai ^_*

lame tak jumpa kan??(pernah ke jumpa)
hahaha
sekarang ni aku dah jadi penganggur..
 nak tahu tak kenape aku jadi penganggur??

ape?? tak nak tahu??
sampai hati.. tak kira nak bagitau gak..
bolei??
ape la aku duk melalut ni..
ye la aku ni dah lame tak meng'update' blog aku ni..
aku rase cam dah berkarat je blog aku ni..
bla bla bla
(selepas sejam)

ok back to the topic (ade topic ker?)
ah lantak lah ade aku kisah? tak de kan?

lebih kurang 3 minggu yang lalu aku de uat post yang aku nk exam
haaa sekarang ni aku dah habis exam
so kirenye aku sekarang ni tengah enjoy la
enjoy la sangat.. kann..

sekarang aku memang tak tahu nak buat ape
tak de aktiviti nak buat asyik buat perkara sama je.. nak cari kerja tapi buat masa sekarang ni malas la
nak tenangkan fikiran dulu.. nak enjoy first.. enjoy enjoy gak tapi jangan lupe kat Allah

begitulah rapuan yang boleh aku bagi sekarang ni
lam kepale aku sekarang ni memang tak de idea langsung nak tulis ape
tu pasal la yang duk merapu tak tentu pasal
 ok lah dah tak de yang nak dimerapukan lagi
BYE


Sunday, November 13, 2011

SPM!!!!

dup dap dup dap
no it's lup dup
hehehe

what ever la ape pon..
hatiku sekarang ni sedang berdebar debar menunggu hari esok..
esok??
 kenape ngan esok??
tak kan la tak tahu kot uols..
esok kan hari isnin..
so kenape ngam hari isnin??
k la.. ni nak bgitau ni..
esok 14 November 2011 bersamaan hari isnin merupakan hari pertama SPM bagi seluruh Malaysia..
haa,, dah tahu kan??
itu lah yang menyebabkan I berdebar2 tu..

kat sini saya ingin memohon ampun dan maaf ngan semua orang..
walaupon korang tak kenal sape saya ni tapi saya tetap nak mintak maap jugak

And kepada SPM candidates 2011 saya mengucapkan dan mendoakan good luck ok..
GAMBATTE


Sunday, October 23, 2011

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.