Pages - Menu

Monday, December 12, 2011

LIMA 2011 tHe bEst

LANGKAWI: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (Lima‘11) di sini, yang berakhir semalam mencatat sejarah apabila menerima kehadiran lebih 160,000 pengunjung mengatasi Lima 2009 yang mencatat 71,000 pengunjung, sekali gus diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Terbesar di Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia penganjuran Lima paling berjaya dalam sejarah sejak dimulakan pada 1991 dengan penyertaan 403 syarikat daripada 35 negara, termasuk 65 pesawat dan 59 kapal dipamerkan.

Beliau turut mengumumkan, Lima edisi ke-12 pada 2013 tidak lagi diadakan pada Disember tetapi ditukar kepada 26 Mac hingga 30 Mac 2013 berikutan banyak permintaan daripada syarikat pempamer yang mahu tarikhnya ditukarkan kerana terlalu rapat dengan sambutan Krismas.

Selain itu, katanya, bajet syarikat pada Mac lebih banyak berbanding Disember selain musim tengkujuh yang berlaku setiap akhir tahun. Lokasi Lima 2013 juga kekal di Langkawi walaupun disebut-sebut akan dipindahkan ke Subang, Selangor.

“Ia jelas membuktikan Lima bukan sekadar pameran, malah berfungsi sebagai plat- form perkembangan industri pertahanan yang mampu menyumbang pendapatan tinggi kepada negara,” katanya pada sidang media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, semalam.


Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Pada majlis sama, Zahid yang diiringi Pengarah Urusan HW Lima Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abd Wahab menerima Sijil MBR — Lima‘11 sebagai Pameran Maritim & Aeroangkasa Terbesar Di Malaysia daripada wakil MBR.

Zahid turut meminta lebih banyak penyertaan daripada syarikat penerbangan dan perkapalan komersial, termasuk daripada sektor minyak dan gas dalam Lima akan datang.



No comments:

Post a Comment