Pages - Menu

Sunday, October 23, 2011

TERENGGANU Mara Ke Final



 Terengganu melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan bergaya apabila menundukkan Selangor 2-1 di tempat sendiri.


Gol Abdul Manaf Mamat pada minit ke-20 dan Ashaari Samsudin (m72) membantu Terengganu untuk menang dengan agregat 4-1 manakala gol pelawat disumbangkan Safiq Rahim.


Sang Penyu enggan mengambil risiko dengan mengamalkan corak bertahan, sebaliknya mula mengasak kubu Gergasi Merah Kuning sejak awal permainan lagi.


Ekoran gagal mengawal kedudukan ofsaid, Selangor berputih mata pada minit ke-11 apabila jaringan Rudie Ramli yang dibatalkan kerana ofsaid. Selang dua minit kemudian, cubaan Ashaari Samsuddin tersasar walaupun berada di kedudukan terbaik.


Terengganu terus mengasak kubu Selangor, Ashaari merembat tepat kearah penjaga gol, G. Jeevanathan dan bola muntah tersebut disambar Joseph Kalang Tie yang menuju tiang gol.


Kombinasi Ashaari dan Abdul Manaf membuatkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bergegar dengan sorakan apabila Abdul Manaf yang menyambut umpanan rakannya dari sebelah kanan, tenang menggelecek pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang.


Selangor cuba bangkit dan kali ini mempersiakan peluang menerusi tolak Rudie yang lambat dibaca Fitri Syazwan Raduan.


Dalam baki 45 minit terakhir, jurulatih Selangor, P. Maniam cuba meningkatkan ketajaman di barisan hadapan dengan memasukkan Azidan Saruddin dan Amri Yahyah.


Sebaliknya, Ashaari meledakkan gol menarik dengan lambungan kaki kiri dari luar kotak penalti sekali gus melemaskan Jeevanathan.


Juara 32 kali itu cuba bangkit mengatur serangan namun terus kempunan untuk menceroboh ke dalam kotak penalti lawan dan banyak melepaskan percubaan-percubaan liar dari jarak jauh.


Gol tandukan terbang Safiq Rahim pada lewat permainan bagaimanapun sudah terlewat buat menyelamatkan misi 33 pasukannya.


Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas T-Team yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain. Dengan agregat kemenangan 6-3, skuad Hobin Jang Hobin melangkah ke perlawanan akhir buat tahun ketiga berturut-turut.


T-Team terlebih dahulu berada di depan menerusi Fitri Omar namun Negeri Sembilan tidak mudah panik untuk bangkit dengan sentuhan Shahrurain Abu Samah dan  Shukor Adan.

No comments:

Post a Comment